Thursday, March 26, 2009

Manusia hebat


Aku ingin jadi manusia hebat. Hebat pada mata aku kalau bukan hebat pada mata orang lain. Untuk menjadi manusia hebat aku perlu menyumbang. Aku tidak mahu hanya menjadi manusia pengguna. Manusia pengguna dalam segala hal. Menguna produk keluaran orang lain. Untuk hebat aku perlu mengeluar. Aku perlu menyumbang. Menyumbang dalam bentuk apa-apa sekali pun terutamanya idea-idea aku yang bernas dan bertampok-tampok ini. Aku tidak perlu berkeadaan pasif sahaja. Membaca bahan-bahan yang disediakan orang lain. Aku juga punya idea untuk diceritakan.

Aku bukan manusia pengguna. Bukan juga manusia pemerhati. Mengunakan segala keperluan yang disediakan oleh orang-orang biasa yang lain. Aku hanya membaca. Membaca bahan sampah yang banyak disediakan oleh orang lain. Aku perlu keluar muntahkan idea-idea aku ini. Dan korang pulak yang perlu membacanya.

Aku perlu mengawal keaadaan. Mengatasi segala kelemahan-kelemahan aku. Menghilang segala kecanduan aku. Tabiat-tabiat burok dan busuk aku yang melampau. Aku tidak mahu tertewas. Aku juga perlu mengawal masa. Jangan terbiar begitu sahaja. Aku perlu mengisinya dengan perkara-perkara berguna.

Aku perlu mengawal unsur-unsur luaran yang selalu dan sentiasa cuba mengoda insan baik seperti aku. Aku tidak mahu tertewas. Seringkali sahaja setan itu ketawa.

Aku sudah tidak mahu melihat saja. Membaca saja. Dan mengguna saja. Aku perlu jadi manusia pencipta.

Aku perlu jadi manusia hebat. Walau pon bukan untuk manusia yang ramai. Tapi sekurang-kurangnya pada mata anak-anak aku, keluarga aku, orang-orang terdekat aku. Ataupon pada perasan diri aku sendiri seperti sekarang ini. Kurang pada orang lain tapi ajaib pada aku. Aku tidak mahu lagi bergantung pada org lain. Atau bergantung pada keadaan. Aku mahu mengawal keaadaan. Aku tidak mahu jadi lemah.

Aku tidak mahu merintih, merantap dan menyesal. Hidup ini perlu aku manfaat sepenuhnya. Untuk masa hadapan dan hari akhirat. Perlu aku kuasai semuanya. Aku perlu dihormati atas usaha aku ini.

Aku mahu mencapai matlamat aku.

Aku perlu perhebatkan diri untuk menjadi hebat.

Satu hari nanti aku sendiri pasti kagum atas usaha aku ini.


Aku adalah pencipta, pengeluar, pencetus dan sumber rujukan untuk generasi aku.

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment