Sunday, May 17, 2009

Duit Itu Berbau

Perjalanan untuk senang bermula dengan Saving. Asasnya adalah Saving. Untuk menjadi kaya atau financial freedom atau selesa sedikit atau apa-apa saja yang indah yang anda fikirkan bukannya mudah terutama untuk orang-orang makan gaji macam aku yang tengah selesa syok berada dalam kedudukan aman tenteram damai dan selamat. Keadaan ini membuat hamba-hamba kerja dunia moden seperti aku menjadi complacent, malas bertindak, tidak creative atau tidak mahu berusaha lebih. Tiap-tiap bulan cucuk kad di ATM ambik duit gaji dan belanja. Bayar hutang kereta, rumah, personal loan, card credit dan berbagai bil utilities. Bulan demi bulan begitulah pusingannya. Kita mengkayakan banyak syarikat-syarikat yang tentunya diterajui oleh orang-orang kaya atau orang-orang yg mahu lebih kaya lagi. Syarikat-syarikat korporate besar, super/hyper market, butik-butik merekacipta pelbagai cara dan alasan untuk orang kebanyakan kelas pekerja (middle and working class) untuk mengperahabiskan duit gaji bulanan mereka. Persetankan concept pay yourself first. Slogan tua yang sgt tidak sesuai sekarang.

Ramai juga antaranya family muda dengan anak-anak membesar yg perlukan banyak duit. Berderetan senarai keperluan datang secara tiba-tiba tanpa dijangka. Banyak hal-hal yang datang mengetuk pintu meminta duit dengan alasan yang bermutu tinggi.

Terlalu banyak dugaan, cabaran dan godaan. Akan berturut-turut bulan anda akan tidak dapat saving. Pada permulaan semangat boleh dikatakan bersungguh dan berjaya. Tetapi setelah sebulan dua semangat itu pasti akan pudar. Segalanya macam benda adalah perlu, penting dan memang kena, kena buat.

Jika anda berduit, memang anda berbau. Bermacam-macam orang akan datang mengorat atau merisik anda. Nak mintak pinjam ler, bagi proposal cantik ler, ajak beli insurance ler, masuk unit trust ler, ajak join bisness ler, mintak jadi gurantor ler. Semua ini memang susah nak ditolak. Kekadang orang yang nak pinjam itu adalah dari kalangan yang terdekat atau kawan rapat. Ini adalah godaan dan cabaran bagi orang yang cuba menyimpan berdikit-dikit seperti aku dan ramai lagi. Memang memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi. Memerlukan jurus angin tahap mahaguru untuk menolak mereka semua.

Kalau tidak godaan dari orang luar, dugaan dari diri sendiri pula. Banyak benda ler pulak rasa nak miliki atau nak buat seperti nak tukar kereta, beli baju seluar , beli electrical appliances, extention rumah ler, pergi bercuti ler, etc. Memang memerlukan kekuatan ilmu batin dalaman yang cekal untuk mengatakan tidak, tidak, tidak berulang-ulang kali.

Kesimpulannya duit itu memang berbau. Dan bauan itu dapat dihidu oleh mereka atau benda-benda yang mempunyai deria daya hidu yang tinggi. Mereka boleh memisahkan anda dari longokan duit yang berbulan-bulan anda simpan itu. Bersedia.

Saturday, May 16, 2009

Seksanya nak menyimpan


Dah 2 atau 3 bulan aku xdpt save. Ada jer benda yg nak pakai duit. Kete rosak ler, insurance ler, roadtax ler dan bermcm-mcm lagi. Refinance rumah pon belum dpt hasil lagi. Dah lama dah rasanya. Aku submitted application 04/03/09. Punya ler lama. Lawyer panggil sign dlm 3 minggu lepas. Bank called confirm and try to counter offer last 2weeks. Tapi redemption letter pon xdpt-dpt lagi. Dah lebih 2bln dah nih. Pegi check kt bank diorg kata biasa proses ini ambil masa 3bln. Pergggh. Dah ler kena byk bayar. Evaluator. Cukai Pintu. Cukai Tanah. Sume kena settle bagi abis dulu. Pakai duit dulu.