Thursday, July 30, 2009

pegang kuat-kuat erat-erat

Tak rugi kalu baca peringatan ini byk kali. Pegang kuat-kuat erat-erat. Masa pencen tu le anak nak masuk university, anak nak kawen, rumah rasa dah lama, etc. Sekiranya diberi pilihan, aku tetap mahu duit aku lump sum bila pencen nanti. Tak mau scheme pencen. Sebab aku ada byk rancangan. Dan rasa aku boleh menghadapi godaan dan cabaran yg sentiasa akan cuba memisahkan aku dgn sekelompok duit itu.
***********

Beberapa tahun lalu, satu kajian telah dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai simpanan pencarumnya.

Kajian itu mendapati sebanyak 70 peratus daripada mereka yang bersara (umur 55) hanya mampu menyara hidup seharian mereka dengan wang simpanan KWSP selama tiga tahun sahaja dari tarikh mereka bersara.

Ini merupakan satu fakta yang sungguh menakutkan. Di sinilah juga kita mendapati bahawa ramai daripada mereka yang telah bersara terpaksa bekerja semula.

Bayangkanlah jika kita diberikan kesihatan yang baik selepas bersara sedangkan wang simpanan KWSP sudah habis digunakan. Pastinya kita akan berdepan dengan masa depan yang sangat gelap selepas bersara.

Kebanyakan kita amat bergantung harap kepada simpanan KWSP sebagai salah satu daripada dana yang akan menyediakan wang perbelanjaan harian setelah kita bersara kelak.

Bekalan persaraan kita boleh juga diperoleh daripada sumber lain seperti:

*Akaun simpanan/akaun simpanan tetap
*Lembaga urusan tabung haji
*Unit-unit amanah saham nasional
*Wang kutipan daripada sewa rumah atau pejabat
*Wang ihsan daripada anak-anak

Pihak KWSP dan kerajaan acapkali menasihatkan pencarum-pencarumnya agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sesuka hati sewaktu masih bekerja.

Namun, apa yang menyedihkan kebanyakan pesara atau pencarum menggunakan simpanan KWSP mereka untuk pelaburan berisiko tanpa mempunyai ilmu pelaburan yang mencukupi.
Jika tersilap percaturan ia menjadikan simpanan yang dikumpul selama ini hanyalah sia-sia.

Persoalan yang pasti bermain di minda kita adalah bagaimana melaburkan wang simpanan yang betul dalam skim-skim kewangan seperti Unit Amanah (Unit Trust), Unit Modal Terjamin (Capital Guarantee Funds) atau sebagainya.

Beberapa fakta yang perlu kita ketahui ialah, pencarum yang di bawah umur 55 tahun boleh mengeluarkan simpanan mereka dari Akaun 1 (jika simpanan mereka mempunyai dana minimum sebanyak RM 55,000) untuk dibuat pelaburan dalam unit amanah yang diluluskan oleh panel pelaburan KWSP.

Pelaburan minimum yang boleh dilaburkan dalam unit amanah ialah RM1,200. Tetapi jika kita ingin melaburkan wang kita melalui akaun yang diuruskan oleh badan pengurusan, pelaburan minimumnya adalah RM25,000 ke atas.

Setelah kita melakukan pelaburan, kita perlukan banyak masa untuk memerhatikan agar kaunter-kaunter unit yang dilaburkan akan mendatangkan keuntungan.

Untuk itu, kita kena pandai membeli unit-unit saham apabila harganya rendah dan menjual unit-unit itu ketika harga melonjak tinggi.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, untuk menunggu harga unit naik ke tahap untung, akan mengambil masa yang lama.

Hanya dengan melakukan jualan-belian pada masa yang baik, menjadi rahsia dalam membuat keuntungan dalam unit amanah.

Tetapi, jangan lupa kerana bagi yang berumur 45 tahun ke atas, jika anda melakukan kesilapan ia merupakan kesilapan yang sungguh besar kerana boleh menjejaskan masa depan anda.

Selain itu, kebanyakan pelaburan dalam unit amanah meletakkan kos pendahuluan yang tinggi.
Satu lagi fakta tentang pelaburan yang dilakukan melalui unit amanah, ialah kita perlu memberikan masa selama 10 hingga 15 tahun untuk melihat keuntungan yang tinggi dan memuaskan.

Oleh itu, pada pendapat saya sebagai perancang kewangan, jika masa merupakan fakta yang paling mustahak dalam kita membuat pelaburan, kita perlu sentiasa memerhatikan harga-harga unit amanah untuk mendapatkan keuntungan segera.

Bagaimanapun jika anda tidak bijak dalam urusan pelaburan lebih baik mendalami ilmu pelaburan sedalam-dalamnya terlebih dahulu.

Jika tidak, lebih baik membiarkan saja simpanan KWSP itu agar ia menjana pulang yang konsisten. Apa yang paling penting adalah wang yang kita simpan di KWSP itu selamat.

Jika masih teringin melakukan pelaburan dalam unit-unit amanah, saya nasihatkan biarlah konsep - wang menambahkan wang (money makes money) dilaksanakan.

Bagaimana? Satu cara yang terbaik ialah, pada akhir tahun apabila kita mendapat dividen-dividen daripada Amanah Saham Nasional atau Lembaga Urusan Tabung Haji atau Simpanan Tetap yang telah matang, jangan dimasukkan semula.

paragraph yg last sekali nie aku xberapa faham...

Wednesday, July 22, 2009

kaya dan bahagia

Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup serta bersyukur terhadap nikmat yang dimiliki, maka apa juga masalah yang melanda, kita akan mampu tangani secara bijaksana dan waras.

Janganlah benda atau keinginan material itu terlalu menjadi tekanan kepada kita. Contohnya, meniru atau membanding-bandingkan gaya hidup kita dengan orang lain seperti jiran, rakan sekerja atau sedaramara.

Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang kita ada.

Malah walaupun kita sebenarnya mampu, adakah ia adalah satu benda yg betul-betul kita perlu? Jika tidak perlu tetapi kita tetap mengingininya, itu adalah satu pembaziran.

Sunday, July 12, 2009

gaji lumayan?

Footballer Ronaldo example of 'sky is the limit' for earning, but ...

Monday Starters - A weekly column by Soo Ewe Jin

CRISTIANO Ronaldo is now the most expensive football player in the world. The 24-year-old striker will be paid 13 million euros per season following his move to Real Madrid. And that’s not counting the money he will make through advertisements, sponsorships, and a share of merchandise sales.

That’s Real-ly a lot of money.

There is no doubt that Ronaldo is extremely gifted and can mesmerise all of us, on or off the pitch, but is he worth that much?

Why is a striker worth more than a goalkeeper? After all, the game’s result can be determined as much by the goals scored or the goals prevented. And what about the other nine people in the same team on the pitch?

The legendary Pele has urged Fifa to introduce a salary cap for players and warned that the vast sums of money changing hands in the game could taint its image for future generations.

“You get a player today that they announce in Manchester United, Real Madrid or Milan or any other team, and they kiss their shirt,” he was quoted in a news report.

“The next day, he goes to another team and he kisses that shirt. This, I think, is something we have to pay attention to for the next generation.”

This is the harsh reality of today’s world, be it in the world of sports, or in the corporate world.
We are always told that in a company, we are all part of the same team, and that everyone is an essential cog in the organisational wheel.

Still, within the same company, some people can earn more in a day than what the lowest paid worker gets in a month.

It is very hard to define what an honest day’s wage for an honest day’s work mean these days.
After all, it is very much a fact of life that some people can and do command astronomical incomes in certain positions.

From sports stars to celebrities and corporate high-flyers, the sky is literally the limit when it comes to making money.

and bla bla...

bla bla...

bla bla...

So whether you earn 13 million euros like Ronaldo or RM600 as an Indonesian maid, the reality of life and death is still the same.

yg last sekali nie yg aku rasa best sikit. sekurang2nya sejuk sikit hati aku. untuk rasa bahagia di dunia ini kita mesti berasa kecukupan dan syukur dgn apa yg ada. Mati x akan membawak satu sen pun. Biar lah mereka mendapat bahagian mereka di dunia ini. Kita perlu mengawal perasan tamak itu. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha...

Monday, July 6, 2009

hadiah hari jadi

Bolehkah anda buat mcm nie kat anak anda? Bila birthday ke 18 bagi duit RM1 juta contohnya. Terpulang bagaimana dia nak guna duit itu utk mencorakkan hidup dia. Huh! mesti best kalu dpt buat camni kannn..

AKTRES, Emma Watson tidak tahu dia mempunyai wang simpanan sebanyak RM58 juta sehinggalah dimaklumkan oleh bapanya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun lalu.

"Bapa saya tidak pernah memberitahu berapa banyak yang saya peroleh sepanjang berlakon dalam filem Harry Potter.

Kemudian, pada hari jadi saya ke-18, dia berkata: "Saya ingin kamu faham bahawa wang kamu bukan sesuatu yang berkonsep abstrak. Saya mahu kamu tahu nilainya dan apa yang kamu boleh lakukan dengannya'," katanya, dalam temuramah dengan majalah Elle baru-baru ini.

Kata Emma: "Ketika berusia 13 atau 14 tahun, ada remaja seusia saya datang menghampiri saya dan bertanya: 'Berapa banyak yang awak dapat dengan berlakon dalam Harry Potter.'

Memang saya terkejut dengan soalan itu kerana pada usia semuda itu, saya tidak dapat menilai betapa pentingnya wang sebanyak itu. "Dan apabila mengenang semula soalan mereka, saya rasa takjub, walaupun sebaya saya, mereka lebih tahu untuk menilai wang."