Thursday, March 5, 2009

kalau kamu mati - pencen penakat SOCSO

petikan ini diciplak dari seseorang.

salah satu benefit pencarum SOCSO yg mungkin banyak ada antara kita yang tak tau, atau x perasan atau x diberitahu atau mmg xtau pon ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN MAYAT (khairat kematian kot...).

Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari PERKESO/ SOCSO sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab.

Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yg menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah RM 1500 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

untuk muslim x kira berapa kos pengebumian, SOCSO tetap bayar untuk khairat kematian sebanyak RM1500. dan SOCSO akan bayar PENCEN PENAKAT untuk waris yg layak seperti Balu dan anak2 simati yg berumur di bawah 21 tahun pencen dikira 50% (ada yg kata 65%....wow, byk jugak nih!) dari gaji terakhir simati yg ada potongan SOCSO setiap bulan.
KWSP pun ada bayar khairat kematian sebanyak RM2,500. untuk waris tapi x de pencen bulanan.

Bawak sijil mati, surat nikah, siji beranak anak2 surat pengakuan Balu kalau ada. pegi kat SOCSO. Kalau x de masalah dlm tempoh sebulan siap tapi kena follow up selalu.. kalau x makan tahun.. tp dia org bayar tunggakan dari tarikh kematian.
Kwsp pun sama pergi ambil borang dulu lps tu submit balik...
PNB (ASB) kalau x silap Khairat kematian dia RM1,500. Bank rakyat, Bank simpanan Nasional pun ada bayar khairat kematian. Kena pegi tuntut...

SOCSO bukan hanya cover untuk accident di tempat kerja atau dalam perjalanan kerja sahaja.


JIKA ADA SEDARAMARA, JIRAN ATAU KENGKAWAN YANG MENINGGAL TOLONG LE SELIDIK / INFORM KAT KELUARGA SIMATI TTG PERKARA NI DAN WAWARKAN/SAMPAIKAN MESEJ NE KPD ORG DISEKELILING KITA.SEMOGA DGN INI KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATANNYA….INSYALLAH.
Terima Kasih ler kt saudara yg menulis post nih. Kena pegi siasat kt pejabat SOCSO nih. Pasti ramai gak yg tak tau. Sapa ler nak inform and educate kt janda2, balu2, duda2 luar sana. So soalannya sekarang buat apa kita ambik insurance??? bayar bulan2... kalu ikut 50% dari gaji terakhir tu kira2 byk jugak. cukuple hingga anak2 umur 21thn. mengikut cerita kawan2 aku ada yg ada dapat pencen penakat ini. skrg sekurang2 SOCSO dah cover sikit kita punya risiko kematian keatas tanggunggan.

5 comments:

  1. assalamualaikum... nak bertanya..
    arwah abah aku bru meninggal dunia kire2 2 bulan lps. masih boleh x waris menuntut wang khairat kematian ni kt perkeso mahupun kwsp? niat dihati kalo ade rezki nak buatkan upah haji utk arwah.....

    ReplyDelete
  2. Aslmkum, nak tahu sama ada masih boleh buat tuntutan. Suami dah meninggal pada tahun 1992. Saya baru dapat tahu mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  3. Aslmkum, nak bertanya. Jika kerja kastam layak tak pohon pencen penakat.

    ReplyDelete
  4. Tadi.... mak saye g pejabat socso tanya pasal khairat kematian , sebab ayah saye baru meningal....
    Tapi org dekat socso to cakap x boleh ambil ... sebab hàd umo simati dah 67 tahun.... yg boleh ambil setakat umo 60 tahun aja....

    ReplyDelete
  5. Tadi.... mak saye g pejabat socso tanya pasal khairat kematian , sebab ayah saye baru meningal....
    Tapi org dekat socso to cakap x boleh ambil ... sebab hàd umo simati dah 67 tahun.... yg boleh ambil setakat umo 60 tahun aja....

    ReplyDelete