Monday, July 6, 2009

hadiah hari jadi

Bolehkah anda buat mcm nie kat anak anda? Bila birthday ke 18 bagi duit RM1 juta contohnya. Terpulang bagaimana dia nak guna duit itu utk mencorakkan hidup dia. Huh! mesti best kalu dpt buat camni kannn..

AKTRES, Emma Watson tidak tahu dia mempunyai wang simpanan sebanyak RM58 juta sehinggalah dimaklumkan oleh bapanya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun lalu.

"Bapa saya tidak pernah memberitahu berapa banyak yang saya peroleh sepanjang berlakon dalam filem Harry Potter.

Kemudian, pada hari jadi saya ke-18, dia berkata: "Saya ingin kamu faham bahawa wang kamu bukan sesuatu yang berkonsep abstrak. Saya mahu kamu tahu nilainya dan apa yang kamu boleh lakukan dengannya'," katanya, dalam temuramah dengan majalah Elle baru-baru ini.

Kata Emma: "Ketika berusia 13 atau 14 tahun, ada remaja seusia saya datang menghampiri saya dan bertanya: 'Berapa banyak yang awak dapat dengan berlakon dalam Harry Potter.'

Memang saya terkejut dengan soalan itu kerana pada usia semuda itu, saya tidak dapat menilai betapa pentingnya wang sebanyak itu. "Dan apabila mengenang semula soalan mereka, saya rasa takjub, walaupun sebaya saya, mereka lebih tahu untuk menilai wang."

No comments:

Post a Comment