Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya Sept2009

Hari-hari Festival macam Hari Raya memang membuat satu lobang yang besar di kocek aku. Dah buat budget tapi berlaku juga ketirisan. Mungkin aku tidak tegas. Tetapi kasihan jugak melihat orang-orang disamping aku itu. Inilah kelemahan besar aku.

Setahun sekali. Sekali sekala. Alasan-alasan yang authentic and genuine berkumandang seiring dengan lagu-lagu raya. Bertambah-tambah sayu rasanya saving plan aku...

Monday, August 10, 2009

delay gratification


delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

delay gratification

Sunday, August 9, 2009

asb


baru-baru ini aku check annual report ASB 2008 kt website ASNB. saje jer. seronok jugak deduction yg aku reka-reka dari data yg diorang bagi nih. Begitu jugak bila aku tengak annual report dari KWSP dulu. Average duit orang yg pencen untuk tahun ini adalah lebih kurang RM120,000 aje. Berapa lama ler duit banyak itu boleh tahan? bebalik pada cerita ASB tadi ini macam nie cerita dia...


Pemegang unit

5,000 dan ke bawah - 5,104,378 orang (77.7%)

5,001 - 10,000 - 412,946 orang (6.3%)

10,001 - 50,000 - 749,749 orang (11.4%)

50,001 - 500,000 - 296,862 orang (4.5%)

500,001 ke atas - 5,969 orang (0.1%)


Kebarangkalian untuk saya meneka tepat simpanan ASB kamu adalah RM5,000 atau kurang adalah 2/3 hehehe...

Biasanya diorang terketar-ketar bila ada simpanan melebihi RM10,000. Mula reka mcm2.

Hissh...mcm kata kt dia sendiri jer!

Wednesday, August 5, 2009

as1m


Banyak betoi manusia duit. Jeles gak aku...

KUALA LUMPUR: Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) went on sale nationwide yesterday.

At the Permodalan Nasional Bhd headquarters in Jalan Tun Razak here, people started to queue up as early as 5.30am to buy the units.

Counter staff described public response as much less compared with last month when a bigger crowd turned out to buy Amanah Saham Malaysia (ASM) units.

The crowd lining up to buy AS IM units at the Kuala Lumpur Post Office.

Things were different in George Town where the crowd waiting to buy the AS 1Malaysia units at ASN branch offices and agents kept growing bigger as the day progressed.

By noon, the queues at several banks and post offices had spilled onto the roadside.

A hawker who queued up at 8.30am outside Maybank in Union Street, said he only managed to buy the units in the afternoon.

“I was only able to buy the shares after lunchtime,” who bought 2,500 units.

One EM Technology consultant said he invested RM100,000.

“This investment is good for Malaysians as it cuts across racial boundaries and is non-partisan. Investors need not worry about risks as it is backed by a stable government,” he added.

The RM10bil AS 1Malaysia, an equity income fund, is open to Malaysians aged 18 and above.

The minimum initial investment is 100 units and the minimum additional investment is one unit.

The price of one unit is RM1.

This is the first time the allocation of shares is open to all Malaysians on a quota basis whereby 50% of the shares are allocated for bumiputras, 30% for Chinese, 15% Indians and the remaining 5% to other groups.

The subscription for the units is fixed for 30 days until Sept 3. After that, the unsold units will be open to all races.

Aku congak aje. (Assuming). Jgn terlatah pulak.

RM10,000,000,000 (RM10billion) x 30% = RM3,000,000,000 (RM3billion). Dgr cerita max seorang boleh RM50,000 shj. (mcm mana sorang kt atas tu dpt beli RM100,000 aku tak tau...). Anyway, kalu max unit RM50k, katakan sold out kt tiap2 individu mcm Amanah Saham lain sebelum ini. RM3b devide by RM50k. Maknanya ada 60,000 individu yg ada cash RM50,000 kt Malaysia ini. Kalu kira-kira aku tak salah lah ya. Mari kita lihat adakah ianya pon cepat habis...

Keciknya aku rasa diri aku ini...

Kawan kamu yang bodoh dulu sekrg lebih kaya


Agak-agak berapa kali kamu tersempak dgn kawan-kawan sekolah kamu dulu? Kemudian kamu akan sembang sikit-sikit lebih kurang. Kemudian bila nak blah kamu terjeling kereta yang dia pakai. Wow! Lebih hebat dari kamu! Dan kamu pun naik kereta dan terasa mcm nak hantuk jer dahi kamu...

Memanglah kereta bukan menjadi ukuran bagi kejayaan seseorang itu. Tetapi itu secara rambang dapat juga memberi gambaran yang dia seorang berjaya. (walaupun ada jutawan kt malaysia nie kata dia pakai MyVi jer). Ya lah takkan kamu nak follow tengok rumah dia macam mana pulak kan...

Tambah lebih bengang bila kamu terkenang yang kamu dulu rasa-rasanya lebih bijak dan geliga dari dia!

Is there a correlation between academic success and financial well-being?

Book worms are nerds

Academic success may guarantee you a higher-basic-pay-job. But thereafter, your certificates are practically useless. To advance in a career or business, we require a different set of skills. Beside hard works, you’ll need communication skill, selling skill, leadership skill….you name it. Technical skill can only bring you so far.

Graduates has ego

A degree holder has an inflated feeling of pride in his/her superiority. That’s an inevitable ego boost. When you have high ego, it stops you from doing the necessary things that may secure financial success.

Were you at the top, or at the bottom?

If you used to be among the best in school, look at where you are now? Is there someone who did worse academically is richer than you now?

Don't rest on your last laureat..!!

Thursday, July 30, 2009

pegang kuat-kuat erat-erat

Tak rugi kalu baca peringatan ini byk kali. Pegang kuat-kuat erat-erat. Masa pencen tu le anak nak masuk university, anak nak kawen, rumah rasa dah lama, etc. Sekiranya diberi pilihan, aku tetap mahu duit aku lump sum bila pencen nanti. Tak mau scheme pencen. Sebab aku ada byk rancangan. Dan rasa aku boleh menghadapi godaan dan cabaran yg sentiasa akan cuba memisahkan aku dgn sekelompok duit itu.
***********

Beberapa tahun lalu, satu kajian telah dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai simpanan pencarumnya.

Kajian itu mendapati sebanyak 70 peratus daripada mereka yang bersara (umur 55) hanya mampu menyara hidup seharian mereka dengan wang simpanan KWSP selama tiga tahun sahaja dari tarikh mereka bersara.

Ini merupakan satu fakta yang sungguh menakutkan. Di sinilah juga kita mendapati bahawa ramai daripada mereka yang telah bersara terpaksa bekerja semula.

Bayangkanlah jika kita diberikan kesihatan yang baik selepas bersara sedangkan wang simpanan KWSP sudah habis digunakan. Pastinya kita akan berdepan dengan masa depan yang sangat gelap selepas bersara.

Kebanyakan kita amat bergantung harap kepada simpanan KWSP sebagai salah satu daripada dana yang akan menyediakan wang perbelanjaan harian setelah kita bersara kelak.

Bekalan persaraan kita boleh juga diperoleh daripada sumber lain seperti:

*Akaun simpanan/akaun simpanan tetap
*Lembaga urusan tabung haji
*Unit-unit amanah saham nasional
*Wang kutipan daripada sewa rumah atau pejabat
*Wang ihsan daripada anak-anak

Pihak KWSP dan kerajaan acapkali menasihatkan pencarum-pencarumnya agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sesuka hati sewaktu masih bekerja.

Namun, apa yang menyedihkan kebanyakan pesara atau pencarum menggunakan simpanan KWSP mereka untuk pelaburan berisiko tanpa mempunyai ilmu pelaburan yang mencukupi.
Jika tersilap percaturan ia menjadikan simpanan yang dikumpul selama ini hanyalah sia-sia.

Persoalan yang pasti bermain di minda kita adalah bagaimana melaburkan wang simpanan yang betul dalam skim-skim kewangan seperti Unit Amanah (Unit Trust), Unit Modal Terjamin (Capital Guarantee Funds) atau sebagainya.

Beberapa fakta yang perlu kita ketahui ialah, pencarum yang di bawah umur 55 tahun boleh mengeluarkan simpanan mereka dari Akaun 1 (jika simpanan mereka mempunyai dana minimum sebanyak RM 55,000) untuk dibuat pelaburan dalam unit amanah yang diluluskan oleh panel pelaburan KWSP.

Pelaburan minimum yang boleh dilaburkan dalam unit amanah ialah RM1,200. Tetapi jika kita ingin melaburkan wang kita melalui akaun yang diuruskan oleh badan pengurusan, pelaburan minimumnya adalah RM25,000 ke atas.

Setelah kita melakukan pelaburan, kita perlukan banyak masa untuk memerhatikan agar kaunter-kaunter unit yang dilaburkan akan mendatangkan keuntungan.

Untuk itu, kita kena pandai membeli unit-unit saham apabila harganya rendah dan menjual unit-unit itu ketika harga melonjak tinggi.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, untuk menunggu harga unit naik ke tahap untung, akan mengambil masa yang lama.

Hanya dengan melakukan jualan-belian pada masa yang baik, menjadi rahsia dalam membuat keuntungan dalam unit amanah.

Tetapi, jangan lupa kerana bagi yang berumur 45 tahun ke atas, jika anda melakukan kesilapan ia merupakan kesilapan yang sungguh besar kerana boleh menjejaskan masa depan anda.

Selain itu, kebanyakan pelaburan dalam unit amanah meletakkan kos pendahuluan yang tinggi.
Satu lagi fakta tentang pelaburan yang dilakukan melalui unit amanah, ialah kita perlu memberikan masa selama 10 hingga 15 tahun untuk melihat keuntungan yang tinggi dan memuaskan.

Oleh itu, pada pendapat saya sebagai perancang kewangan, jika masa merupakan fakta yang paling mustahak dalam kita membuat pelaburan, kita perlu sentiasa memerhatikan harga-harga unit amanah untuk mendapatkan keuntungan segera.

Bagaimanapun jika anda tidak bijak dalam urusan pelaburan lebih baik mendalami ilmu pelaburan sedalam-dalamnya terlebih dahulu.

Jika tidak, lebih baik membiarkan saja simpanan KWSP itu agar ia menjana pulang yang konsisten. Apa yang paling penting adalah wang yang kita simpan di KWSP itu selamat.

Jika masih teringin melakukan pelaburan dalam unit-unit amanah, saya nasihatkan biarlah konsep - wang menambahkan wang (money makes money) dilaksanakan.

Bagaimana? Satu cara yang terbaik ialah, pada akhir tahun apabila kita mendapat dividen-dividen daripada Amanah Saham Nasional atau Lembaga Urusan Tabung Haji atau Simpanan Tetap yang telah matang, jangan dimasukkan semula.

paragraph yg last sekali nie aku xberapa faham...

Wednesday, July 22, 2009

kaya dan bahagia

Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup serta bersyukur terhadap nikmat yang dimiliki, maka apa juga masalah yang melanda, kita akan mampu tangani secara bijaksana dan waras.

Janganlah benda atau keinginan material itu terlalu menjadi tekanan kepada kita. Contohnya, meniru atau membanding-bandingkan gaya hidup kita dengan orang lain seperti jiran, rakan sekerja atau sedaramara.

Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang kita ada.

Malah walaupun kita sebenarnya mampu, adakah ia adalah satu benda yg betul-betul kita perlu? Jika tidak perlu tetapi kita tetap mengingininya, itu adalah satu pembaziran.